Kelab Manchester United dikecam hebat oleh peminat bola sepak dari seluruh dunia apabila bertindak memecat staff keselamatan stadium (Steward) yang mahu membantu penyokong julang bendera Palestin di kawasan tempat duduk Old Trafford.

Beliau merupakan seorang muslim dan menawarkan untuk membantu seorang penyokong bernama Laher menerusi satu ciapan dalam laman X.

Laher merupakan pemegang pass bermusim Manchester United selama 15 tahun meluahkan kekecewaannya apabila dihalau keluar dari stadium kerana mempamerkan bendera Palestin sebagai tanda solidariti ketika aksi EPL menentang City kelmarin.

Disebabkan itu, staff keselamatan Manchester United bernama Ismail tawarkan bantuan jika ada penyokong mahu bawa masuk bendera Palestin di kawasan tempat duduk yang dikawal oleh beliau.

“Jika sesiapa datang untuk menonton perlawanan dan tempat duduk anda berada di bahagian Selatan dan ingin membawa bendera Palestin tetapi seseorang menyebabkan masalah, maka beritahu saya.

“Saya seorang ‘steward’ di Manchester United, dan saya bekerja di bahagian Selatan. Nombor kot saya ialah 455 supaya anda boleh melihat saya dengan mudah,” petikan ciapan @_i5mail.

Ismail turut mahu membantu menunjukkan tempat solat dan berwuduk untuk para penyokong yang beragama Islam.

Ismail kemudian terkejut apabila menerima email rasmi daripada pihak pengurusan keselamatan Manchester United yang menyatakan khidmatnya sebagai steward telah ditamatkan serta-merta tanpa sebarang sebab.

Tindakan tersebut sekaligus mengundang pelbagai kecaman dan sebahagian penyokong Manchester United sedia memboikot tidak hadir ke Stadium Old Trafford pada setiap perlawanan.

Rakyat Palestin ketika ini berdepan krisis ‘pembunuhan beramai-ramai’ selepas serangan berterusan tentera rejim zionis Israel.

Laher turut mempersoalkan tindakan pasukan keselamatan Manchester United yang didakwa berat sebelah kerana langsung tidak merampas bendera Greece, Armenia dan Cyprus ketika dipamerkan di Old Trafford.

Malah, peraturan kemasukan ke Stadium yang terkandung di laman web rasmi Manchester United tidak menyatakan larangan bawa masuk bendera dari mana-mana negara.